the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Matrikulasi: KPM akan buat pengumuman lanjut, bincang dengan KPT – Fadhlina

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman selanjutnya berkaitan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata beliau bersama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan meneliti perkara itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya dengan pengumuman lain yang berkaitan.

Beliau menyifatkan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berhubung perkara itu sebagai jaminan pendidikan yang diberikan kepada semua anak-anak negara ini tanpa mengira latar belakang dan kaum.

“Pertama, saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pengumuman cukup penting dan bermakna ketika ini, apatah lagi jaminan untuk mendapatkan serta meneruskan pengajian di peringkat tinggi untuk anak-anak cemerlang SPM tahun ini.

“Jadi inilah satu jaminan pendidikan yang diberikan oleh Perdana Menteri sendiri dan saya bersama Menteri Pendidikan Tinggi akan bersama-sama meneliti perkara itu dan kita akan susul tindak dengan pengumuman-pengumuman lain nanti,“ katanya kepada pemberita selepas program bersama kumpulan wanita berkaitan penjagaan wajah dan fisioterapi di Taman Puteri Gunung di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan memberi jaminan semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi, bermula tahun ini.

Perdana Menteri berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas itu tidak akan menggangu kuota pelajar bumiputera sedia ada.

Fadhlina berharap pengumuman berkenaan tidak menimbulkan kegusaran terutama berhubung kuota bumiputera kerana jumlah itu kekal selain memastikan peluang pendidikan yang luas untuk semua.

“Tahniah anak-anak semua dan kita harapkan dengan jaminan itu tiada kegusaran terutamanya kuota matrikulasi dikekalkan dan dalam masa sama peluang pendidikan itu cukup luas serta semua dapat tempat untuk melanjutkan pengajian masing-masing,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings