the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCA kekal bersama BN, hubungan dua parti masih baik: Johari

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan MCA masih bersama Barisan Nasional dan hubungan kedua-dua parti sangat rapat

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata MCA masih kekal bersama Barisan Nasional (BN) dan menegaskan hubungan kedua-dua parti berada dalam keadaan baik.

Johari, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, menjelaskan setiap parti mempunyai agenda tersendiri dan sebarang keputusan bergantung kepada pertimbangan dalaman masing-masing.

“Setakat hari ini, saya nampak MCA masih kekal bersama BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 100 Tahun Penyelidikan Getah.

Beliau berkata sukar bagi mana-mana negara memiliki parti politik yang berkuasa penuh dan apa yang perlu dilakukan ialah menyesuaikan diri.

Johari menambah hubungan BN dan MCA sangat rapat, terjalin lebih daripada 50 tahun.

Sebelum ini, MCA menegaskan kesediaannya menilai semula kedudukan strategik dalam BN sekiranya UMNO bekerjasama secara khusus dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories