the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MCMC pertimbang saman X, sekat Grok sementara kerana kandungan tidak senonoh

MCMC pertimbang tindakan undang terhadap X, sekat aplikasi AI Grok sementara kerana gagal kawal penjanaan kandungan tidak senonoh terutamanya melibatkan kanak-kanak.

SHAH ALAM: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti tindakan perundangan terhadap platform X susulan kegagalan aplikasi kecerdasan buatan (AI) miliknya, Grok, mematuhi undang-undang Malaysia.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu dipertimbangkan berikutan maklum balas yang diterima MCMC daripada pihak X didapati tidak memadai dan bersifat proforma.

“Maklum balas yang diterima sangat tidak memadai,” katanya selepas menghadiri majlis di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Beliau mengarahkan sekatan sementara dikenakan terhadap Grok dan tindakan undang-undang turut dipertimbangkan.

Sekatan itu tertumpu kepada aplikasi Grok yang didapati tidak mempunyai langkah keselamatan mencukupi bagi mengawal penjanaan kandungan oleh AI.

Tempoh sekatan terhadap Grok bergantung sepenuhnya kepada tahap pematuhan pihak X terhadap undang-undang Malaysia.

“Isu ini melibatkan pelanggaran Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Keselamatan Dalam Talian,” jelas Fahmi.

Beliau menegaskan syarat untuk menamatkan sekatan adalah jelas iaitu mereka mesti patuh dan akur dengan undang-undang negara.

Fahmi berkata Malaysia bukan satu-satunya negara yang mengambil langkah tegas terhadap Grok.

Beberapa negara lain termasuk Indonesia telah menyekat aplikasi tersebut, manakala United Kingdom sedang meneliti isu sama.

“Ini menunjukkan kebimbangan global terhadap kegagalan Grok menyediakan safeguard yang mencukupi dalam penggunaan AI,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian (JKDT) yang baharu dibentuk dalam masa terdekat.

“Kita mahu memastikan Internet di Malaysia menjadi lebih selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga,” ujarnya.

Terdahulu dalam ucapan, beliau berkata kementerian menyasarkan untuk memperoleh kerjasama semua platform media sosial menjelang pertengahan tahun ini.

Sasaran itu adalah bagi mengehadkan penggunaan media sosial hanya kepada 16 tahun ke atas.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories