the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 11, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MCMC sekat akses sementara kepada AI Grok di Malaysia

MCMC arah sekatan sementara akses kepada AI Grok susulan penyalahgunaan jana kandungan lucah dan seksual eksplisit, terutamanya melibatkan wanita dan kanak-kanak

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan sekatan sementara terhadap akses kepada kecerdasan buatan Grok bagi pengguna di Malaysia berkuat kuasa hari ini.

Tindakan itu diambil susulan penyalahgunaan Grok berulang kali untuk menjana kandungan lucah dan kandungan seksual eksplisit.

Langkah itu juga diambil berikutan kandungan tidak senonoh yang jelik melampau serta imej manipulasi tanpa persetujuan termasuk kandungan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.

MCMC telah mengeluarkan notis kepada X Corp. dan xAI LLC pada 3 dan 8 Januari lepas bagi menuntut pelaksanaan langkah perlindungan teknikal.

Tuntutan turut merangkumi penyelia kandungan yang berkesan untuk mencegah kandungan janaan AI yang mungkin melanggar undang-undang Malaysia, termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, maklum balas yang dikemukakan oleh X Corp. pada 7 dan 9 Januari hanya memberikan tumpuan utama kepada mekanisme pelaporan yang dimulakan oleh pengguna.

MCMC mendapati ia gagal menangani risiko sedia ada yang wujud hasil daripada reka bentuk dan pengoperasian alat AI tersebut.

Susulan itu, MCMC mendapati perkara ini tidak memadai untuk mencegah kemudaratan serta memastikan pematuhan kepada undang-undang.

“Sekatan ini dikenakan sebagai langkah pencegahan yang wajar sementara proses perundangan dan kawal selia masih berjalan,” menurut kenyataan MCMC.

“Sekatan akses kepada Grok akan kekal sehingga langkah perlindungan yang berkesan dilaksanakan, khususnya bagi mencegah kandungan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.”

MCMC kekal terbuka untuk libat urus dengan X Corp. dan xAI LLC tertakluk kepada pematuhan yang dapat dibuktikan terhadap undang-undang Malaysia.

Orang awam digesa untuk melaporkan kandungan dalam talian yang memudaratkan kepada MCMC dengan segera.

MCMC juga menasihatkan orang awam untuk membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia jika perlu.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories