the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mekanik didakwa cuba bunuh tunang bekas isteri

GEORGE TOWN: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki yang dipercayai tunang kepada bekas isterinya minggu lepas.

Muhammad Hafizi Burhan, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ooi Sheow Yean.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan dengan niat menyebabkan kematian ke atas Mohariez Mokhtar dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau lipat berwarna silver berukuran 5 sentimeter.

Kesalahan itu didakwa berlaku di koridor sebuah flat kediaman di Jalan Bukit Gambir dekat sini pada pukul 5.50 pagi, 10 Jun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Syairah Khalil yang mengendalikan kes tidak menawarkan jaminan kepada Muhammad Hafizi, dan bapa kepada dua anak itu tidak diwakili peguam.

Kes dikemukakan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, serta jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan maka hukuman penjara boleh dikenakan sehingga 20 tahun.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 24 Julai akan datang sebagai tarikh serahan dokumen.

Sementara itu, Muhammad Hafizi turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bekas isterinya, Asma Wahab.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengeluarkan kata-kata ‘hang buka pintu, aku nak jumpa anak, kalau tak buka, aku bunuh hang’ di flat kediaman yang sama, kira-kira pukul 7 pagi pada 30 Mei lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya

Timbalan Pendakwa Raya, M.Darrshini yang mengendalikan kes itu menawarkan jaminan RM5,000 kepada tertuduh.

Bagaimanapun Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 24 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

Di Mahkamah Majistret berasingan, Majistret Azlan Basri menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan dari tarikh sabitan kepada Muhammad Hafizi selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin hadapan dan cermin pintu kereta bekas isterinya, Asma Wahab dan telah menyebabkan kerugian berjumlah RM1,500.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 2 April lepas kira-kira 10.10 malam di hadapan flat kediaman yang sama di Jalan Bukit Gambir.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syairah Khalil mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings