the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 31, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Melaka mohon RM300 juta untuk rancangan tebatan banjir Sungai Rambai

Kerajaan Negeri Melaka memohon peruntukan RM300 juta bagi projek tebatan banjir di Sungai Rambai sebagai penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan risiko banjir berulang.

JASIN: Kerajaan Negeri Melaka telah memohon peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Rambai.

Projek bernilai RM300 juta ini merupakan penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan risiko banjir berulang di kawasan tersebut.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, berkata projek itu memberi tumpuan kepada pengurusan aliran Sungai Kesang.

Beliau menjelaskan bahawa Sungai Kesang memberi kesan limpahan ke kawasan Sungai Rambai terutamanya ketika hujan lebat.

“Kita berharap perkara ini dapat direalisasikan dalam usaha mengatasi masalah banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai yang sering berlaku terutama ketika musim monsun timur laut,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu di sini.

Rais berkata setakat ini, hanya satu PPS masih beroperasi di sekolah tersebut yang menempatkan 36 orang daripada lapan keluarga.

Keadaan dilaporkan semakin pulih dengan air semakin surut dan penduduk mula membersihkan kediaman masing-masing.

Beliau berkata banjir itu berlaku berikutan limpahan Sungai Kesang susulan hujan lebat di daerah Segamat. “Walaupun hujan di Parit Perawas tidak lebat namun limpahan di lembangan sungai di hulu menyebabkan kawasan di sini turut terjejas,” katanya.

Rais turut menekankan keperluan penyelarasan lebih berkesan antara Jabatan Pengairan dan Saliran Melaka serta Johor.

Ini memandangkan Sungai Kesang merentasi kedua-dua negeri khususnya melibatkan aspek penyelenggaraan dan pengurusan sungai secara bersepadu.

Related

spot_img

Latest

Signature International upbeat on 2026 outlook, backed by strong 2025 execution

Signature International Bhd remains optimistic about its 2026 outlook, underpinned by a strong RM1.14 billion order book and steady demand across Malaysia and Singapore. The group expects resilient contributions from its Corten brand in Singapore and ongoing project deliveries domestically, providing solid earnings visibility despite a potentially more challenging operating environment.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories