the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Melaka tingkat kerjasama PDRM, sekolah perketat SOP keselamatan pelajar

Jabatan Pendidikan Melaka pertingkat kerjasama dengan PDRM, kuatkan SOP keselamatan sekolah dan larangan telefon bimbit bagi pastikan keselamatan pelajar

MELAKA: Jabatan Pendidikan Melaka mempertingkatkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan pelajar di kawasan sekolah.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata kerjasama itu melibatkan pengukuhan prosedur operasi standard keselamatan sekolah serta penambahan rondaan di kawasan berisiko.

Beliau berkata sekolah turut diperkukuh dengan latihan kesiapsiagaan kecemasan dan pengaktifan pasukan Guru Penyelaras Keselamatan.

“Usaha meningkatkan literasi keselamatan murid dan penglibatan komuniti setempat turut menjadi keutamaan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri.

Rahmad menekankan setiap sekolah perlu sentiasa cakna dengan faktor keselamatan menerusi Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah secara berkala.

Beliau menjawab soalan Dr Mohd Aleef Yusof yang ingin tahu tentang usaha memastikan sekolah menjadi kawasan selamat untuk anak-anak di Melaka.

Rahmad berkata pengaruh media sosial dan akses mudah kepada internet menjadi antara punca berlakunya kes jenayah dalam kalangan pelajar sekolah.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan mengekalkan dasar larangan membawa telefon bimbit ke sekolah bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan.

“Antara inisiatif utama diambil oleh beberapa sekolah ialah penggunaan alat pengesan logam di pintu masuk sekolah,” katanya.

Penggunaan alat pengesan logam membantu guru mengesan telefon bimbit dengan lebih cepat dan tepat tanpa perlu pemeriksaan fizikal. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Nissan Unveils New N6 PHEV Sedan in China

The latest mid-size plug-in hybrid sedan from Dongfeng Nissan, the N6, has officially debuted in China with a starting price tag of 99,900 yuan — roughly RM66,200. A promotional “benefit price” of 91,900 yuan (about RM61,000) has also been made available for a limited time.The company signalled that the N6 could reach markets in Southeast Asia, the Middle East and parts of Latin America in the future, marking it as the brand’s first “N-series” vehicle beyond its pure-electric offerings.Styled in line with the fully electric N7, the N6 presents a modern, sleek appearance. The front end features a closed-off nose, a full-width light bar above, L-shaped lower lights, an illuminated “NISSAN” badge, flush door handles and an integrated charging port on the rear quarter panel. The rear profile adopts a coupe-like flow, with a continuous taillight strip and a clean bumper that hides the exhaust outlets, adding subtle sophistication to its silhouette.
spot_img

Popular Categories