the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Memorial Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam perancangan di Vision Park Kepala Batas

KEPALA BATAS: Perancangan dan permohonan peruntukan bagi membina Memorial Tun Abdullah Ahmad Badawi di kawasan Vision Park di sini berada pada peringkat perbincangan menurut Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana meluluskan tanah bagi tapak pembinaan memorial tersebut.

Kerajaan MADANI melalui KPN akan memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada Arkib Negara Malaysia bagi merealisasikan pembinaan memorial yang bakal menjadi simbol legasi Tun Abdullah.

Proses perancangan, reka bentuk dan permohonan peruntukan bagi pembinaan memorial tersebut akan mengambil sedikit masa menurut kenyataan rasmi.

Pelbagai bentuk sumbangan Abdullah merentasi bidang politik, pentadbiran, pembangunan insan dan perpaduan negara telah memberi kesan mendalam kepada kesejahteraan rakyat.

Antara sumbangan terbesar beliau termasuk penubuhan Institut Integriti Malaysia, Institut Kanser Negara, pemerkasaan SPRM dan gagasan Islam Hadhari.

Program anjuran Arkib Negara itu bertujuan mengenang jasa serta sumbangan besar perdana menteri kelima itu sempena sambutan Hari Malaysia.

Pengisian program termasuk sesi bicara negarawan melibatkan ADUN Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Yusof Othman.

Sesi “Kisah Ayahanda Saya” oleh Nori Abdullah turut menjadi antara acara utama dalam program tersebut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings