the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Menara KL: Pengambilalihan konsesi tidak jejas pekerja, operasi – Kementerian Komunikasi

KUALA LUMPUR: Pengambilalihan konsesi melibatkan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) tidak akan menjejaskan operasi dan pekerja di menara komunikasi antara yang tertinggi di dunia itu, menurut Kementerian Komunikasi.

Kementerian berkenaan, menerusi soalan lazim (FAQ) mengenai konsesi pengurusan Menara KL, memaklumkan rundingan bersama syarikat konsesi baharu LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM) telah menggariskan terma-terma yang tidak menjejaskan operasinya, yang akan berjalan seperti biasa.

FAQ itu juga memaklumkan semua pekerja sedia ada, yang berkhidmat dengan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), telah diberi jaminan oleh kerajaan untuk terus ditawarkan pekerjaan oleh syarikat pengurusan baharu iaitu LSHSM bermula 1 April 2025.

“Ia berdasarkan prinsip no less favourable dan perkara ini telah dimasukkan dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan LSHSM,“ menurut FAQ berkenaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi hari ini.

Mengenai persoalan mengenai mengapa kerajaan menukar konsesi Menara KL, FAQ itu memaklumkan ia adalah kerana tempoh konsesi sedia ada telah tamat.

“Kebanyakan konsesi diberikan untuk jangka masa tertentu, contohnya bagi tempoh 10, 15 atau 30 tahun, apabila tempoh konsesi tamat, kerajaan perlu membuka semula tawaran supaya syarikat lain berpeluang bersaing. Ini memastikan ketelusan dan mengelakkan monopoli berpanjangan oleh satu pihak,“ katanya.

Turut dimaklumkan tempoh konsesi baharu ialah selama 20 tahun, bermula esok (1 April 2025).

Menurut FAQ, Menara KL tidak pernah dijual kepada mana-mana pihak dan masih kekal dimiliki oleh Kerajaan Malaysia.

“Hanya pengurusan dan penyenggaraan menara tersebut sahaja diuruskan oleh syarikat yang dilantik oleh kerajaan melalui proses notis pelawaan cadangan (RFP),” katanya.

Ia turut memaklumkan sebanyak lima syarikat telah menghantar RFP dan MKLSB adalah antara syarikat terbabit.

“Kontrak pengurusan dan pengoperasian Menara KL oleh MKLSB berakhir pada 31 Mac 2025 melalui perjanjian interim lanjutan ke-5.

“Mulai 1 April 2025, Menara KL akan diuruskan oleh syarikat LSHSM yang telah terpilih melalui proses RFP iaitu sejenis tender terbuka,” menurut FAQ.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Asean may consider adjustments to Myanmar peace framework: Foreign Minister

Asean may consider adjustments to the Five-Point Consensus (5PC) if necessary in order to break the long-standing deadlock in Myanmar, Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan told the Dewan Rakyat.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings