the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
27.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Menteri belia dan sukan jelajah negeri untuk perkasa akar umbi

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari akan jelajah semua negeri untuk kenal pasti keperluan pembangunan belia dan sukan di peringkat akar umbi

ALOR SETAR: Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk memantau keperluan pembangunan belia dan sukan di peringkat akar umbi.

Beliau berkata lawatan ke Kedah sebagai permulaan bertujuan mendapatkan pandangan pegawai belia bagi mengenal pasti isu-isu yang perlu ditangani.

“Dasar-dasar kerajaan perlu disambut baik di peringkat negeri untuk melaksanakan program pemerkasaan sukan dan pembentukan sahsiah jati diri anak muda,” katanya selepas melawat Kompleks Belia dan Sukan Daerah di sini.

Mohammed Taufiq berkata beliau akan jelajah ke negeri-negeri lain untuk mendapatkan input bagi membentuk satu dasar.

Beliau berkata pihaknya akan cuba mengurangkan birokrasi dan memastikan keperluan mendesak dapat dilaksanakan mengikut garis panduan.

Sementara itu, Mohammed Taufiq enggan mengulas lanjut mengenai pertikaian gelaran ‘Dr’ yang membabitkan dirinya.

“MMC pun dah jawab, fokus saya sekarang untuk kementerian, untuk pastikan apa yang dihasratkan kerajaan dapat dicapai,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Pusat PAS Dr Nurul Islam Yusoff menggesa Mohammed Taufiq menjelaskan penggunaan gelaran ‘Dr’ tersebut.

Mohammed Taufiq dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories