the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 31, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Menteri nafi kompleks sukan Kuala Muda projek baharu

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari menegaskan pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu atau melibatkan salah guna kuasa.

SUNGAI PETANI: Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari menegaskan pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu seperti didakwa sesetengah pihak.

Beliau berkata pembinaan itu juga bukan melalui peruntukan khas selepas beliau memegang jawatan kabinet dan tiada salah guna kuasa berkaitan kelulusan projek tersebut.

“Projek ini telah lama saya perjuangkan sejak menjadi Ahli Parlimen (Sungai Petani)… telah beberapa kali diumumkan sebelum ini dan kini pada fasa pelaksanaan,” katanya.

Mohammed Taufiq berkata perbincangan berkaitan pembinaan kompleks sukan itu telah bermula seawal 2023.

Beliau berkata sebelum menjadi ahli Parlimen, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pegawai berkaitan bagi mendapatkan pandangan mengenai keperluan fasiliti sukan di daerah Kuala Muda.

“Saya turut beberapa kali membangkitkan perkara ini di Parlimen termasuk dalam sesi khas yang dijawab oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan,” katanya.

Beliau menambah bahawa beliau hanya menjelaskan status projek yang sedang berjalan dan bukan mengumumkan kelulusan baharu.

Baru-baru ini media melaporkan sebuah kompleks sukan bernilai RM10 juta akan dibina di Bandar Puteri Jaya, Kuala Muda.

Terdahulu, Mohammed Taufiq mengetuai konvoi membabitkan kira-kira 200 motosikal ke Dataran Tsunami Kota Kuala Muda.

Beliau kemudiannya mengunjungi sebuah masjid di kawasan berkenaan bagi menyerahkan sumbangan berjumlah RM45,000 untuk kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur.

Related

spot_img

Latest

Whisky Mansion Hits 90% Storage Capacity in Four Months, Housing Over $12 Million in Rare Whisky

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - Whisky Mansion, the hybrid luxury storage, boutique, and social facility spanning 5 storeys at 44A Circular Road in Singapore's Raffles Place, has reached 90% storage capacity within four months of opening.

Most Viewed

Bodor Laser Introduces the “Extreme Speed” Concept in Tube Processing, Launches the SK Series High-Speed Tube Laser Cutting Machine

JINAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 January 2026 - Bodor Laser, a global manufacturer of laser cutting solutions, has announced the launch of its SK Series High-Speed Tube Laser Cutting Machine, alongside the introduction of its new "Extreme Speed" concept for tube processing.
spot_img

Popular Categories