the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Merotai, Tuarid taud kawasan utama fokus bebas dadah di Sabah tahun ini – Hajiji

KOTA KINABALU: Merotai di Tawau dan Tuarid Taud di Keningau merupakan kawasan utama yang difokuskan untuk bebas atau ‘dihijaukan’ daripada penyalahgunaan dadah tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Sehubungan itu beliau berkata Presiden Majlis Perbandaran Tawau Joseph Pang dan Pegawai Daerah Keningau Peter J Moinjil telah dilantik sebagai Penyelaras Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) bagi membanteras dadah di peringkat daerah masing-masing.

“Saya berharap gerak kerja dilaksanakan ke arah penghijauan kawasan masing-masing dan memberi penekanan serius atas usaha ‘penghijauan’ KBT ini,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sabah di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Beliau berkata dua kawasan lagi iaitu Penampang dan Balung di Tawau pula telah dikenal pasti sebagai kawasan fokus utama untuk dibebaskan daripada dadah tahun depan supaya isu penagihan dadah dan salah laku sosial di negeri dapat dikawal.

Sementara itu Hajiji berkata Mesyuarat MTMD berjaya dilaksanakan di semua 28 daerah di Sabah pada tahun lepas dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah di negeri itu.

Katanya 28 Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) dan Sukarelawan Antidadah daerah yang telah dilantik merupakan penggerak komuniti bagi membantu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Kejayaan untuk mencapai Dadah Terkawal 2025 memerlukan kerjasama dan kesepaduan gerak gerak kerja daripada semua pihak khususnya MTMD peringkat negeri dan daerah, pemimpin politik dan komuniti, ketua jabatan, AADK, Polis Diraja Malaysia, dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings