the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Misi kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini

Jawatankuasa Pemandu Global Sumud Flotilla merancang melancarkan misi kemanusiaan kedua ke Gaza pada musim bunga ini sebagai tindak balas terhadap sekatan Israel.

BANGI: Jawatankuasa Pemandu Global Sumud Flotilla (GSF) bersama gerakan Sumud Nusantara sedang merancang untuk melancarkan misi kemanusiaan kedua pada pertengahan tahun ini.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata misi itu adalah tindak balas terhadap usaha Israel yang sengaja melengahkan dan menghalang kemasukan bantuan ke Gaza.

“Sekiranya konflik ini berterusan, tekanan antarabangsa perlu digerakkan sebagai jalan akhir,” katanya selepas diskusi Sidang Meja Bulat GSF 2.0 di Wisma MAPIM.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh sebenar pelancaran atas faktor keselamatan.

Sani Araby berkata pihaknya berharap penyertaan akan melebihi angka terdahulu iaitu 45 negara.

Beliau menekankan strategi penting adalah menggerakkan rakyat, badan bukan kerajaan dan kerajaan untuk mendesak polisi diplomasi.

“Aksi ini bukan aksi suka-suka tetapi aksi kita menghina ‘kebinatangan’ yang dilakukan oleh rejim (Zionis),” katanya.

Sani Araby turut menjangkakan konflik itu mungkin memuncak sekitar musim bunga atau pertengahan tahun ini berdasarkan perkembangan semasa.

Beliau berkata kebimbangan adalah keadaan mungkin bertambah buruk tanpa usaha bersungguh-sungguh untuk menghentikan keganasan.

Pada September tahun lepas, GSF membawa ratusan aktivis antarabangsa bersama bantuan kemanusiaan bagi menembusi sekatan laut Israel.

Sebanyak 34 sukarelawan Malaysia menyertai misi itu untuk menyalurkan bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan.

Bagaimanapun, pada 1 Oktober, kira-kira 41 kapal dipintas oleh rejim Zionis sebelum para aktivis ditahan dan dihantar pulang.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories