the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MOT sedia perhalusi cadangan guna teknologi pemantauan masa nyata pemandu lori

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan bersedia memperhalusi cadangan pemasangan sistem pemantauan masa nyata dan kamera litar tertutup (CCTV) di dalam kenderaan muatan berat bagi memantau pemanduan pemandu.

Menteri berkenaan Anthony Loke berkata kementeriannya terbuka menerima cadangan daripada pelbagai pihak dalam usaha menambah baik langkah keselamatan di jalan raya.

Bagaimanapun, beliau berkata cadangan memasang sebarang peralatan pemantauan perlu mengambil kira implikasi kos, keberkesanan kaedah, faktor praktikal dan kesesuaian dalam industri itu.

“Dalam mewajibkan pemasangan apa-apa teknologi atau peranti, ia memerlukan pertimbangan menyeluruh melibatkan semua pihak berkepentingan… kita akan buat libat urus dengan pakar dan pihak berkepentingan terhadap cadangan itu,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan cadangan pakar automotif berhubung penggunaan teknologi sistem pemantauan masa nyata bagi memantau kelakuan pemandu kenderaan berat khususnya pemandu lori di jalan raya sebagai langkah mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada faktor manusia.

Langkah menggunakan teknologi seperti penjejakan Sistem Kedudukan Global (GPS) membolehkan pengurus fleet mendapatkan maklum balas segera mengenai prestasi pemanduan seperti kelajuan, corak brek dan amalan pemanduan keseluruhan, seterusnya mengelakkan kemalangan atas faktor kecuaian pemandu lori.

Berdasarkan data dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman pada 15 Nov lepas, lori kecil, treler dan lori kontena merupakan penyumbang tertinggi kes kemalangan melibatkan kenderaan perdagangan bagi tempoh Januari hingga September lepas dengan 168 kes direkodkan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings