the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Muhammad Azeem tamatkan aksi NCCA di tempat ke-11

KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menamatkan acara 100 meter (m) di kedudukan ke-11 pada saingan suku akhir divisyen satu Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Jacksonville, Florida, pagi tadi waktu Malaysia.

Menurut laman sesawang kejohanan, https://flashresults.ncaa.com/Outdoor/2023/FirstRounds/East/001-2.pdf, Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.04 saat (s) pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hodges.

Catatan itu lebih pentas daripada rekod kebangsaan miliknya iaitu 10.09s yang dibuat pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali pada Ogos lepas, namun ia tidak diiktiraf kerana bantuan angin sebanyak +5.5 meter per saat (m/s) berbanding maksimum +2.0m/s yang dibenarkan untuk diterima sebagai rekod baharu kebangsaan.

Difahamkan, atlet berusia 19 tahun dari Ipoh, Perak itu terpaksa berlari dalam keadaan menahan sakit berikutan kecederaan pangkal paha kanannya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings