the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 16, 2025
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mustapha Sakmud dilantik menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak

Datuk Mustapha Sakmud dilantik Menteri di JPM (Sabah dan Sarawak) dalam rombakan kabinet untuk perkukuh pembangunan kedua-dua negeri.

KUALA LUMPUR: Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) dalam rombakan Kabinet Kerajaan MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan itu pada sidang media di Putrajaya.

Langkah itu bertujuan memperkukuh penyelarasan dasar dan pelaksanaan agenda pembangunan kedua-dua negeri berkenaan.

Mustapha yang merupakan Ahli Parlimen Sepanggar sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Portfolio Menteri Hal-Ehwal Sabah dan Sarawak mula diwujudkan pada Mac 2020.

Jawatan itu pernah disandang Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sehingga tahun 2022.

Selepas PRU15, portfolio itu dipegang oleh Datuk Armizan Mohd Ali.

Selepas rombakan Kabinet pertama pada Disember 2023, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Southeast Asian Games Thailand 2025 Esports Appoints Moonshot as Official Mobile Controller Partner

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 16 December 2025 - Moonshot, a next-generation phygital mobile gaming company, has announced the appointment as the Official Controller Partner for Southeast Asian(SEA) Games Thailand 2025 Esports, one of Southeast Asia’s largest and most-watched competitive esports events sanctioned by the International Olympic Committee.
spot_img

Popular Categories