the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas bas: JPN Kedah diarah pantau keadaan, kebajikan pasangan guru – Fadhlina

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memantau keadaan dan kebajikan pasangan guru yang terlibat kemalangan melibatkan bas membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak, semalam.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata beliau dimaklumkan bahawa pasangan guru yang menaiki Perodua Alza itu sedang mendapatkan rawatan bersama keluarganya di Hospital Baling, Kedah

“Kita telah mengarahkan JPN Kedah untuk mengambil tanggungjawab memantau keadaan guru itu dan keluarganya yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Baling.

“Kebajikan mereka berada di bawah pemantauan KPM dan bantuan segera akan dihulurkan kepada mereka,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Pelajar Program Pendidikan Tingkatan Enam Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampus Kejuruteraan USM di sini hari ini.

Bas membawa penuntut UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju Tanjung Malim, Perak, terbabas sebelum melanggar kereta dinaiki Mohd Lutfi Radzi, 37, sekeluarga, dalam kejadian di Gerik, Perak awal pagi semalam.

Fadhlina turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan, khususnya para pelajar UPSI dan menyifatkan korban nyawa dalam tragedi itu sebagai kehilangan besar potensi bakal pendidik.

Sementara itu, Fadhlina berkata beliau difahamkan bahawa bas berkenaan disewa atas inisiatif pelajar, namun menegaskan di peringkat KPM, pihak kementerian menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat berkaitan penggunaan bas oleh rombongan pelajar, termasuk pemeriksaan keselamatan.

Mengulas mengenai program hari ini, Fadhlina berkata Program Pendidikan Tingkatan Enam Kampus Universiti Awam itu ialah kerjasama antara KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dilaksanakan secara rintis melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan USM.

Beliau memaklumkan tempoh pengajian bagi program berkenaan adalah selama 18 bulan dengan pengambilan pertama bermula hari ini.

“Sebanyak 100 tempat disediakan bagi Program Tingkatan Enam Kampus UKM, manakala sebanyak 60 tempat disediakan untuk Program Tingkatan Enam Kampus USM.

“Seramai lebih 30 pelajar mendaftar hari ini dan kita masih menunggu yang lain untuk tampil memenuhi kuota,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings