Monday, November 3, 2025
24.9 C
Malaysia
spot_img

Namewee ditahan dan didakwa kerana miliki, guna dadah di hotel

The Sun Webdesk

Pengarah dan pemuzik Namewee didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur kerana memiliki sembilan pil ekstasi dan positif empat jenis dadah

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan dan mendakwa pengarah serta pemuzik Wee Meng Chee atau Namewee kerana memiliki dan menggunakan dadah di sebuah hotel di ibu negara bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus memaklumkan serbuan berlaku pada 4.30 petang 22 Oktober di sebuah bilik hotel.

Polis menjumpai sembilan pil berwarna biru disyaki ekstasi dengan anggaran berat 5.12 gram.

Namewee yang berusia 42 tahun kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Saringan awal air kencing mendapati dia positif empat jenis dadah iaitu amfetamina, metamfetamina, ketamin serta THC.

Dia direman selama dua hari melalui perintah mahkamah bagi membantu siasatan.

Pertuduhan dilakukan pada 24 Oktober lepas di Mahkamah Kuala Lumpur atas dua pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pertuduhan pertama ialah Seksyen 39A(1) kerana memiliki dadah manakala pertuduhan kedua ialah Seksyen 15(1)(a) kerana menggunakan dadah.

Namewee mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin sebanyak 4,000 ringgit dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img