the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nasib ibu Zayn Rayyan diketahui esok dalam kes pengabaian kanak-kanak

Ismanira Abdul Manaf akan mengetahui nasibnya esok sama ada dilepaskan atau disabitkan atas pertuduhan mengabaikan anak autistik Zayn Rayyan

PETALING JAYA: Ismanira Abdul Manaf akan mengetahui nasibnya esok sama ada dilepaskan atau disabitkan atas pertuduhan mengabaikan anak autistiknya Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Dr Syahliza Warnoh dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada pukul 9 pagi.

Pihak pembelaan menutup kes pada 5 Ogos lepas selepas mengemukakan lima saksi termasuk Ismanira sendiri sebagai saksi pembelaan pertama.

Saksi lain yang memberi keterangan ialah pakar psikologi kanak-kanak Dr Noor Aishah Rosli, datuk Zayn Rayyan Zahari Mohd Reba dan rakan baik Ismanira Umi Syafiqah Rohizal.

Hakim Syahliza memerintahkan Ismanira membela diri pada 21 Julai lepas selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Suami Ismanira Zaim Ikhwan Zahari telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama pada tarikh tersebut.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal di sekitar kawasan Blok R Apartmen Idaman Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Disember 2023.

Pertuduhan terhadap mereka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan menutup kes pada 24 April lepas selepas memanggil 28 saksi pendakwaan sepanjang 20 hari perbicaraan yang bermula pada 3 Februari lepas.

Antara saksi yang dipanggil termasuk individu pertama yang menjumpai mayat Zayn Rayyan Faizul Najib Abd Munaim, pengasuh Zayn Rayyan Auni Afiqah Abas, pakar perubatan perunding forensik Dr Rohayu Shahar Adnan, tiga pegawai penyiasat serta dua saksi kanak-kanak berusia 10 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi.

Peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh mewakili Ismanira dalam perbicaraan ini.

Zayn Rayyan yang berusia enam tahun dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 dan mayatnya ditemukan keesokan harinya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

FIS Ski Jumping World Cup Opens in Lillehammer with CHiQ as Official Partner

LILLEHAMMER, NORWAY - Media OutReach Newswire - 25 November 2025 - From November 21 to 23, the 2025/26 FIS Ski Jumping World Cup officially launched its new season in Lillehammer, Norway, igniting the winter sports calendar with breathtaking momentum.

Merry Giftmas at Hong Kong International Airport: BEAUTY&YOU Unwraps the Ultimate Christmas Beauty Shopping Experience Discover Hong Kong’s Widest Range of Festive Gift Sets...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 25 November 2025 - This holiday season, BEAUTY&YOU by The Shilla Duty Free is turning travel time into gift time with "Merry Giftmas", a one-stop holiday shopping celebration packed with the city's most comprehensive collection of Christmas-edition beauty sets and exclusive perks from top brands around the world.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories