the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 16, 2026
29.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nelayan Orang Asli Sayong Pinang derita akibat pencemaran Sungai Johor

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Nelayan Orang Asli Sayong Pinang bergelut cari rezeki dua bulan selepas pencemaran sungai, hasil tangkapan merosot teruk, syarikat didakwa lepas tangan

KOTA TINGGI: Kira-kira 150 nelayan termasuk di Kampung Orang Asli Sayong Pinang bergelut mencari rezeki meskipun sudah dua bulan berlalu sejak insiden pencemaran Sungai Johor.

Pendapatan dan hasil tangkapan mereka semakin merosot, manakala keadaan Sungai Sayong Pinang berhampiran kampung itu semakin cetek hingga hanya paras paha.

Pengerusi Jaringan Nelayan Kampung Orang Asli Sayong Pinang Azman Inan berkata situasi itu dipercayai akibat sedimen yang memasuki dan mendap di sungai apabila kolam takungan aktiviti perlombongan pasir darat oleh sebuah syarikat tempatan pecah.

Keadaan itu memaksa nelayan tempatan mengubah haluan menangkap ikan dengan bergerak ke Sungai Linggiu dan kawasan hulu sungai yang mengambil masa dua hingga tiga jam perjalanan.

“Adakalanya kami terpaksa merisikokan diri bermalam di ulu sungai dengan bertolak pada waktu petang, semata-mata menunggu hasil tangkapan pada keesokan harinya sebelum pulang semula ke jeti,” katanya.

Azman berkata pelepasan benih ikan masih belum mampu memulihkan ekosistem sungai yang terjejas teruk akibat pencemaran tersebut.

Pencemaran sebelum ini menyaksikan bacaan kekeruhan air mentah tertinggi iaitu 37,400 Nephelometric Turbidity Unit (NTU).

Situasi itu menyebabkan lebih satu tan ikan seperti baung, lampam serta jelawat mati dan terapung di sungai berkenaan.

“Nelayan juga kecewa apabila syarikat yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap pencemaran itu, seolah-olah lepas tangan apabila tidak melayan tuntutan pampasan,” katanya.

“Kami sangat berharap syarikat ini tampil, sekurang-kurangnya hantar wakil untuk berbincang dengan kami tapi malangnya tiada,” tambahnya.

Jika dahulu nelayan pulang dengan puluhan kilogram ikan dan udang, kini mereka hanya mampu membawa pulang seekor atau dua ekor ikan baung.

Beberapa nelayan yang ditemui mengakui hasil tangkapan mereka hanya “cukup makan”.

“Kalau setakat seekor dua ekor ini, nak jual pun segan, buat makan di rumah saja dan untuk dapatkan semula modal minyak enjin bot. Sekali turun sungai dah belanja kira-kira RM20 hingga RM30 untuk minyak,” kata Mazuri Mat, 43.

Aris Adong, 55, berkata dahulu kawasan sungai Sayong Pinang adalah lubuk ikan dan mereka boleh memperoleh pendapatan hingga kira-kira RM1,000 sehari.

Dia yang ditemui hari ini berkata hanya memperoleh seekor ikan baung, setelah turun sejak awal pagi ke kawasan Sungai Linggiu.

“Penghasilan kita memang sangat merosot tapi kita tak boleh buat apa-apa sebab ini sahaja mata pencarian kami, walapun hasil sikit terpaksa turun juga untuk tanggung keluarga,” katanya yang mempunyai tiga anak masih bersekolah.

Aris juga khuatir benteng perlombongan pasir itu boleh pecah lagi terutamanya pada musim tengkujuh, dan berharap kerajaan negeri memantau perkara itu.

Insiden pencemaran sepanjang Sungai Johor di Kota Tinggi pada Oktober lepas adalah paling buruk direkodkan membabitkan sumber bekalan air di Johor.

Pencemaran itu menjejaskan lebih 292,000 akaun pengguna air di kawasan Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Gelang Patah dan Kulai. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV Technologies Appoints Veteran Mining Executive John C. McConnell to Board of Directors and...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 15, 2026 - RZOLV Technologies Inc. (TSXV: RZL) (OTCQB: RZOLF) (FSE: S711) ("RZOLV" or the "Company") is pleased to announce the appointment of John C. McConnell to its Board of Directors, effective July 14th, 2026.

Founders Metals Provides Mid-Year Exploration Update Across Four Targets; Confirms New Antino Northeast Discovery...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 15, 2026 - Founders Metals Inc. (TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces surface exploration and drilling results from its fully funded 70,000-metre drill program at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname (Figure 1).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings