the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 14, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nelayan Vietnam ceroboh perairan Terengganu ketika musim tengkujuh

Penentu bimbang pencerobohan bot nelayan Vietnam berleluasa di perairan Terengganu pada musim tengkujuh, gunakan pukat tunda haram

DUNGUN: Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu) meluahkan kebimbangan terhadap kegiatan pencerobohan bot nelayan Vietnam yang dilihat semakin berleluasa di perairan negeri ketika musim tengkujuh.

Pengerusi Penentu Mat Yassin Mohamed berkata bot asing itu seolah-olah tidak takut memasuki perairan negeri untuk menangkap hasil laut.

Beliau berkata mereka percaya operasi pihak berkuasa berkurangan ketika cuaca buruk dan ombak bergelora.

“Kebanyakan bot nelayan asing yang menceroboh perairan negeri ini dikesan menggunakan pukat tunda ganding yang telah lama diharamkan di Malaysia,“ katanya.

Beliau menjelaskan penggunaan pukat tunda ganding kebiasaannya melibatkan radius satu kilometer bagi menangkap hasil laut termasuk yang belum matang.

Mat Yassin berkata tindakan itu seterusnya merosakkan ekosistem marin.

Beliau berkata kawasan perairan Terengganu menjadi tumpuan nelayan asing pada musim cuaca buruk ini kerana mempunyai hasil hidupan laut yang tinggi.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Malaysia untuk meningkatkan pemantauan.

Mat Yassin berkata langkah itu bagi membenteras kegiatan pencerobohan nelayan asing pada musim tengkujuh.

Beliau menegaskan tindakan itu perlu diberi perhatian segera kerana bimbang ia akan menjejaskan hidupan laut pada masa hadapan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories