the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki

KOTA BHARU: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) intelektual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki di sebuah masjid di Jalan Langgar di sini pada Mac lepas.

Mohamad Hafiz Al-Hilal Maula Murad, 35, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh memandangkan kejadian itu menyebabkan mangsa trauma.

Bagaimanapun peguam Ahmad Farhan Abdul Halim yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya mempunyai masalah intelektual selain menghidap kencing manis.

“Anak guam saya mengalami simptom lambat membaca, mudah lupa dan senang dipergunakan orang lain,” katanya.

Hakim Nik Habri Muhamad membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu dilarang menganggu mangsa dan menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings