Monday, November 10, 2025
24.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bot karam di Langkawi: Operasi carilamat mangsa diteruskan hari ini

Operasi carilamat mangsa bot karam di Langkawi diteruskan dengan radius 255.66 batu nautika, 7 maut dan 13 diselamatkan setakat ini

LANGKAWI: Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan Langkawi diteruskan hari ini dengan radius pencarian diperluaskan kepada 255.66 batu nautika persegi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memaklumkan operasi memasuki hari kedua itu disambung semula pada 7.30 pagi tadi.

Enam agensi terlibat dalam operasi berkenaan dengan lima aset Maritim Malaysia digerakkan.

Pasukan Polis Marin Wilayah Satu turut menggerakkan tiga aset manakala Tentera Laut Diraja Malaysia menggerakkan satu aset.

Jabatan Perikanan menyumbang satu aset dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menghantar satu aset bot Kevlar.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut menggerakkan satu aset bot RIB dalam operasi tersebut.

Setakat malam tadi, tujuh imigran ditemukan maut manakala 13 lagi berjaya diselamatkan.

Operasi dilancarkan susulan insiden sebuah daripada tiga bot yang dipercayai membawa kira-kira 300 imigran karam.

Kejadian berlaku berhampiran Pulau Tarutao di perairan sebelum sempadan Thailand–Malaysia. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories