the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan di Bukit Mertajam

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Operasi mencari lelaki hilang ketika memancing di Juru, Bukit Mertajam dihentikan

BUKIT MERTAJAM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing dihentikan sehingga petunjuk baharu ditemui.

Operasi itu dilaksanakan bagi mencari Ariff Aiman Ishak, 23, yang dikhuatiri lemas di Jalan Ban Sungai Belanak, Juru.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 5.36 petang Sabtu lalu.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan daripada pihak polis memaklumkan insiden seorang lelaki telah hilang ketika memancing,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pengadu iaitu abang mangsa memberitahu adiknya tidak pulang ke rumah.

Abang mangsa juga mengesahkan topi keledar dan peralatan memancing adiknya masih berada di atas pelantar dalam keadaan baik.

“Pengadu khuatir adik beliau telah hilang dan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut,” jelas John Sagun.

Pihak bomba melakukan kerja-kerja pencarian mangsa sehingga hari ini.

Lelaki tersebut masih tidak ditemui sebelum operasi SAR dihentikan pada 6.30 petang tadi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia will not offer cheap power and water to data centre operators – Johari

Malaysia will not allow foreign data centre operators to exploit its electricity and water resources without delivering meaningful benefits to the country, Investment, Trade and Industry Minister Datuk Seri Johari Abdul Ghani told the Dewan Rakyat today.

Haze: URTI cases jump nearly 60% to 5,613 in one week – Dzulkefly

Cases of upper respiratory tract infections (URTI) rose by nearly 60% to 5,613 in a single reporting week amid worsening haze conditions, Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad told the Dewan Rakyat today.

Most Viewed

spot_img