the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PABK sasar tiga emas di Sukma Sarawak

ALOR SETAR: Persatuan Angkat Berat Kedah (PABK) meletakkan sasaran tiga pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak, Ogos nanti.

Presiden PABK Yahaya Sani berkata 16 atlet angkat berat dari negeri itu, masing-masing lapan lelaki dan wanita dipertaruhkan untuk menyumbang pingat kepada kontinjen Kedah dalam temasya yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos.

“Kita menaruh harapan untuk membawa pulang pingat emas bagi kategori 64 kilogram, dua lagi pingat emas kita akan tentukan semula nanti bagi kategori mana dan persiapan rapi sedang dilakukan untuk mencapai sasaran itu,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yahaya berkata PABK berazam untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu dalam sukan angkat berat dan melahirkan atlet buat negara seperti Aznil Bidin yang berjaya memperoleh dua pingat emas pada Sukan Komanwel 2022.

Beliau berkata seorang lagi atlet kelahiran Kedah, Nur Syazwani Radzi yang meraih pingat gangsa semasa Sukan SEA 2023 membuktikan negeri itu tidak ketandusan bakat dalam sukan berkenaan.

“Kita masih meneruskan pencarian bakat-bakat baharu bukan sahaja untuk Sukma tetapi juga sasaran untuk bertanding di Sukan Komanwel. Kita akan buat program pencarian bakat secara berterusan,“ katanya.

Yahaya berkata setakat ini, pihaknya sedang melatih dua atlet, masing-masing lelaki dan wanita untuk diangkat sebagai atlet bagi Sukan Komanwel 2026 dan berharap dapat melatih lebih ramai bakat muda untuk beraksi pada kejohanan antarabangsa.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Persona5: The Phantom X Version 4.4 Launches with Global Hatsune Miku Collaboration and 1st...

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Persona5: The Phantom X (P5X) is set to launch its Version 4.4 update today (June 25, 2026), bringing a global collaboration with Hatsune Miku alongside the game's 1st Anniversary Celebration in Southeast Asia.

Candy Cottage Expands from Home-Based Business to International Brand with Shopee

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Candy Cottage, a homegrown confectionery business founded in 2022, has expanded beyond Singapore through Shopee International Platform (SIP), reaching customers across the region and recording 8X growth in cross-border sales.

MET Group’s Climate Impact Report Confirms The Company’s Contribution to Profitable Decarbonisation

SINGAPORE - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - MET Group has published its Climate Impact Report 2025, highlighting how the company continues to balance decarbonisation, security of supply, and affordability through an integrated portfolio of gas, LNG, renewables, and energy storage solutions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings