the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
28.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Parlimen dijangka hangat dengan usul gantung Takiyuddin Hassan enam bulan

Usul gantung Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan enam bulan dijangka hangatkan sidang terakhir Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Sidang terakhir mesyuarat Dewan Rakyat pada hari ini dijangka menjadi hangat dengan usul untuk menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selama enam bulan.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, usul oleh Menteri Dalam Negeri itu dijangka dibawa selepas sesi soal jawab lisan.

Usul tersebut menyatakan bahawa semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 pada 22 Oktober lalu, Takiyuddin telah berucap mengenai satu kejadian melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Masjid Rusila, Marang.

Ucapan beliau turut mengaitkan kejadian itu dengan Peristiwa Memali 1985 serta serangan terhadap tempat suci.

Usul itu mendakwa ucapannya memberi imej negatif terhadap anggota dan imej APMM sebagai sebuah agensi perkhidmatan awam.

Sementara itu, sesi soal jawab lisan akan membincangkan pelbagai isu lain.

Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) akan bertanyakan mengenai sokongan kepada individu yang melepasi kategori umur belia selepas penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia (Pindaan) 2019 tahun depan.

Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) pula akan bertanyakan mengenai kemajuan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) yang diperuntukkan RM200 juta bagi tahun 2025.

Soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) pula akan menyentuh jumlah pendeposit Tabung Haji yang menolak tawaran haji sejak 2015 serta langkah memanfaatkan kuota sepenuhnya.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 ini telah berlangsung selama 35 hari bermula 6 Oktober lalu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Personalizing The Hong Kong Stay Experience With Dorsett Kai Tak’s ‘3 Wishes’ Package

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 January 2026 - Dorsett Kai Tak, Hong Kong invites travellers to personalize their Hong Kong stay with the Dorsett 3 Wishes Room Package. Guests can enjoy up to 25% savings on a two‑night stay while choosing THREE perks from a list of nine, tailored to their travel purpose—whether for leisure or business—combining modern luxury with authentic local experiences.
spot_img

Popular Categories