the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, February 4, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pasangan suami isteri ditahan bantu siasatan kes dera kanak-kanak di Nilai

Polis Nilai tahan ibu kandung dan bapa tiri bagi membantu siasatan kes dera ke atas kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang ditemui terbiar.

NILAI: Polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kes penderaan melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata tangkapan ke atas ibu kandung, 30, dan bapa tiri berusia 22 tahun kepada kanak-kanak berkenaan dilakukan selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai.

Kes tersebut terbongkar apabila seorang penghantar makanan menjumpai kanak-kanak berkenaan dalam keadaan terbiar, ketakutan dan menggigil di luar sebuah premis kedai serbaneka.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat unsur kecederaan disyaki akibat penderaan pada beberapa bahagian tubuh mangsa,” kata Johari.

Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut.

Siasatan lanjut turut mendapati kanak-kanak berkenaan pernah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 2020.

Beliau berkata kanak-kanak itu mengalami kecederaan non-accidental injury berupa kesan melecur akibat terkena air panas di bahagian kepala, bahu kanan, dada dan belakang badan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda dan atau penjara, jika sabit kesalahan.

Johari berkata polis memandang serius sebarang bentuk penderaan terhadap kanak-kanak dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan perbuatan tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Macron prepares to resume dialogue with Putin

French President Emmanuel Macron says technical preparations are under way to restart contact with Russia's Vladimir Putin, but notes Moscow shows no real willingness for peace.

Most Viewed

Launching Here Soon, First Batch Of Made-In-Malaysia GWM Wey G9 Exported To Thailand

GWM Malaysia will be launching the locally-assembled (CKD) GWM Wey G9 MPV here on 29 January 2026. However, prior to that, the first shipment of the Wey G9 exported to Thailand has safely arrived on the shores of our northern neighbours.No time was wasted by GWM Malaysia as the pioneering batch was loaded for shipment shortly after CKD units begun rolling off the assembly lines at the EP Manufacturing (EPMB) plant in Malacca, GWM Malaysia’s CKD partner.

Macron prepares to resume dialogue with Putin

French President Emmanuel Macron says technical preparations are under way to restart contact with Russia's Vladimir Putin, but notes Moscow shows no real willingness for peace.
spot_img

Popular Categories