the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 21, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasukan SAR cari 80 mangsa hilang tanah runtuh di Bandung Barat

Pasukan SAR Indonesia perhebat usaha cari 80 mangsa hilang susulan tanah runtuh di Bandung Barat yang dah ragut sembilan nyawa.

BANDUNG BARAT: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia memperhebat usaha untuk mengesan 80 individu yang dilaporkan hilang susulan kejadian tanah runtuh.

Kejadian itu melanda Kampung Pasir Langu di Bandung Barat, Jawa Barat.

Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Bencana BNPB Abdul Muhari berkata jumlah sebenar mangsa yang hilang masih belum dapat disahkan.

Setakat Sabtu, kejadian itu telah meragut sembilan nyawa.

Lima daripadanya sudah dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian.

“Baki empat lagi mangsa masih dalam proses pengecaman. Pasukan SAR juga menemukan dua bahagian tubuh manusia yang turut dalam proses pengenalpastian,” katanya.

Kementerian Luar Malaysia mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian itu.

Pihaknya akan terus memantau insiden itu secara dekat.

Tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan berintensiti tinggi itu berlaku kira-kira 2.30 pagi Sabtu.

Ia melanda beberapa kawasan kediaman dan menimbus lebih 30 buah rumah.

Sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan runtuhan susulan, seramai 230 penduduk telah dipindahkan ke lokasi lebih selamat.

Dalam perkembangan lain, Abdul Muhari berkata banjir di Subang, Jawa Barat telah menenggelamkan 3,355 rumah di 21 kampung sejak 22 Jan lepas.

Banjir itu menjejaskan 9,491 penduduk termasuk 957 orang dipindahkan, dengan banjir masih belum surut setakat Sabtu.

Situasi sama turut berlaku di Majalengka yang menjejaskan 318 keluarga.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada kerana hujan sederhana hingga lebat diramal berlaku di seluruh Indonesia.

Kawasan yang diramal hujan lebat termasuk Aceh, Bengkulu, Lampung, Jakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah, Nusa Tenggara Timur, Kalimantan Tengah, Sulawesi, Maluku Utara, Papua Tengah dan Papua.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

When festivals become the beginning of a journey: Discover Malaysia at each individual’s pace,...

Explore Malaysia beyond iconic landmarks through festivals, culture, cuisine and unique city experiences. ONYX Hospitality Group showcases personalised journeys across Penang, Kuala Lumpur and Johor Bahru, offering travellers meaningful moments and flexible stays tailored to their own pace and preferences.

ST Telemedia Global Data Centres delivers on responsible scaling, surpassing 2028 carbon intensity target...

ST Telemedia Global Data Centres achieved major sustainability milestones in its 2025 ESG Report, including 83.2% renewable energy usage and a 70.5% carbon intensity reduction, surpassing its 2028 target three years early while advancing responsible digital infrastructure growth.

TELOSIN introduces “The Dual Transformation,” pairing Y PRO Red and Y PRO Blue with...

TELOSIN has introduced "The Dual Transformation," a new approach to personalised at-home skincare built around two dedicated light-based beauty devices—the Y PRO Red and Y PRO Blue—and the complementary Lumiactive Collection.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings