the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 25, 2025
24.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

 Paus seru gencatan senjata 24 jam seluruh dunia sempena Krismas

Paus Leo XIV gesa gencatan senjata 24 jam di semua konflik sempena Krismas, nyatakan kesedihan atas penolakan Rusia dan bimbang Gaza

ROM: Paus Leo XIV menggesa seluruh warga dunia yang cintakan keamanan agar melaksanakan gencatan senjata selama 24 jam melibatkan semua konflik bersenjata di seluruh dunia sempena sambutan Krismas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Semoga terdapat 24 jam keamanan di seluruh dunia,” katanya kepada wartawan lewat Selasa.

Leo, yang mula menjadi Paus pada Mei lalu, akan meraikan Mass Malam Krismas pertamanya pada lewat Rabu di Basilika St Peter, yang beliau dijangka menyuarakan bantahan terhadap peperangan dan keganasan serta mengingati penderitaan orang awam.

Pada Hari Krismas, Paus akan menyampaikan perutusan tradisi Krismas di Dataran St Peter.

Pemimpin kerohanian kepada kira-kira 1.4 bilion penganut Katolik itu akan menyampaikan berkat “Urbi et Orbi” (“Kepada Kota dan Dunia”), dengan puluhan ribu penganut dijangka hadir.

Dalam kenyataan awalnya pada Selasa malam, pontif itu berkata penolakan Rusia terhadap gencatan senjata singkat menimbulkan “kesedihan yang amat mendalam,” khususnya berikutan serangan berskala besar baru-baru ini terhadap Ukraine.

Beliau turut menyentuh situasi di Timur Tengah, sambil berkata yang beliau telah bercakap dengan paderi paroki di Bandar Gaza.

Katanya, penduduk di sana cuba menyambut Krismas walaupun berada dalam keadaan yang amat genting. – BERNAMA-dpa

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories