the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, February 4, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pegawai AKPS direman empat hari disyaki terlibat pasport terbang

Seorang pegawai AKPS direman empat hari selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pasport terbang di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) direman empat hari bermula hari ini.

Beliau disyaki cuba melakukan aktiviti pasport terbang di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) semalam.

Komander AKPS BSI Roszita Dim berkata kejadian berlaku pada 11.30 pagi semasa pemantauan oleh Unit Integriti.

Pegawai lelaki berusia 32 tahun itu diperiksa ketika bertugas di kaunter MyBorderPass.

“Pemeriksaan mendapati pegawai lelaki berusia 32 tahun tersebut membawa dan menyimpan dua telefon bimbit semasa bertugas serta tidak membuat tindakan serah terima telefon bimbit di kaunter penyelia sebelum itu,” katanya.

Beliau berkata pegawai itu gagal mematuhi Arahan Pentadbiran Bil.01 Tahun 2024.

Siasatan lanjut membawa kepada penemuan lapan pasport warga asing.

Pasport tersebut terdiri daripada enam warganegara China serta masing-masing satu Indonesia dan Vietnam.

“Pasport itu ditemukan dalam sebuah beg hitam disimpan di ruang penyimpanan barang motosikal Honda Vario milik pegawai tersebut diparkir di BSI,” kata Roszita.

Pegawai itu direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.

Semua pasport, motosikal dan telefon bimbit terlibat telah dirampas.

Pegawai AKPS di semua pintu masuk negara diingatkan untuk mematuhi arahan integriti jabatan.

Mereka juga dinasihatkan agar tidak berkompromi dengan mereka yang ingkar perintah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Macron prepares to resume dialogue with Putin

French President Emmanuel Macron says technical preparations are under way to restart contact with Russia's Vladimir Putin, but notes Moscow shows no real willingness for peace.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories