the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 11, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pejalan kaki maut dirempuh kereta di lebuh raya NKVE Shah Alam

Seorang pejalan kaki lelaki maut di tempat kejadian selepas dirempuh kereta di NKVE, dipercayai akibat melintas jalan secara tiba-tiba

SHAH ALAM: Seorang pejalan kaki lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 9.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata kemalangan pada jam 11.15 malam itu melibatkan sebuah kereta dipandu seorang lelaki tempatan.

Mangsa ialah seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun yang belum dikenal pasti identitinya.

“Kemalangan ini berpunca daripada pejalan kaki yang tiba-tiba melintas jalan dan berada di tengah-tengah lorong kedua paling kanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kejadian berlaku selepas susur Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah dari Klang ke Damansara.

Ramsay berkata pejalan kaki itu dilanggar kereta yang bergerak terus di laluan tersebut.

“Kemalangan itu mengakibatkan pejalan kaki terbabit maut di tempat kejadian,” jelasnya.

Punca kematian disahkan sebagai kecederaan kepala akibat kemalangan kenderaan bermotor.

Usaha mengesan identiti si mati masih dijalankan oleh pihak polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat BSPT Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman.

Sebelum ini, tular satu rakaman video papan pemuka berdurasi 20 saat di media sosial memaparkan kejadian itu.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories