the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja pembinaan rugi lebih RM123,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja pembinaan kerugian lebih RM123,000 selepas terperdaya skim pelaburan saham dalam talian.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata lelaki berusia 36 tahun itu menerima mesej menerusi WhatsApp yang menawarkan pelaburan dengan pulangan 88 peratus.

Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan tawaran itu telah memuat turun aplikasi ‘BitBest’ serta mendaftar dan mengisi maklumat peribadi sebelum melakukan sembilan transaksi pembayaran ke lima akaun berbeza pada 1 Ogos hingga Khamis lepas.

“Mangsa cuba menuntut keuntungan seperti dijanjikan dalam tempoh itu, namun suspek memberikan pelbagai alasan malah mengarahkan dia membuat bayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya mangsa yang menyedari telah ditipu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Sabtu lepas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings