the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja swasta mengaku salah tawar rasuah kepada pegawai imigresen

ALOR SETAR: Seorang pekerja swasta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan menawarkan rasuah sebanyak RM5,000 kepada seorang penolong penguasa imigresen tahun lepas.

Tertuduh Teo Wei Chin, 34, membuat pengakuan tersebut selepas pendakwaan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, Teo didakwa menawarkan suapan RM5,000 kepada seorang penolong penguasa imigresen sebagai balasan untuk membenarkan seorang wanita Thailand masuk ke Malaysia walaupun tidak memenuhi syarat sebagai pelancong selaras dengan Pekeliling Imigresen Malaysia Terhad 10/27.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 6.30 petang di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada 6 Ogos 2024.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun hukuman terhadap Teo ditangguhkan ke 25 Mac depan dan dia dibenarkan diikat jamin RM7,000 sementara menunggu hukuman dijatuhkan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Zulfadli Azharudin dan Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh diwakili peguam Wong Vi Vian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings