the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 14, 2025
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelajar tahfiz maut kemalangan jalan raya di Pekan

Seorang pelajar tahfiz maut di tempat kejadian selepas keretanya bertembung dengan lori muatan sawit di Jalan Pekan-Rompin, Kuantan

KUANTAN: Seorang pelajar tahfiz maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan sawit di KM60 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Merchong.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata Muhammad Fakhri Waqiuddin Basri, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 11 malam semalam.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Pekan menghala ke Rompin.

“Ketika di tempat kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar lori terbabit,” katanya.

Mayat pelajar itu telah dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat, manakala pemandu lori berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi terlibat dalam operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Petugas Kementerian Kesihatan kemudiannya mengesahkan kematian pelajar berkenaan di tempat kejadian.

Difahamkan, Muhammad Fakhri Waqiuddin sedang mengikuti Program Syahadah Al-Quran di Maahad Tahfiz Negeri Pahang. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories