the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelakon Hollywood sertai mogok penulis skrip, banyak produksi terhenti

LOS ANGELES: Kesatuan yang mewakili pelakon Hollywood secara rasmi mengumumkan mogok pada Khamis dan menyertai lebih 11,000 penulis skrip filem dan televisyen, berhubung gaji, penggunaan kecerdasan buatan dan keuntungan penstriman digital.

Mogok oleh Sceen Actors Guild-American Federation of Television and Radio Artists (SAG-AFTRA) itu yang merupakan penutupan pertama Hollywood dalam tempoh 63 tahun, bermula pada tengah malam, lapor Agensi Anadolu.

Mogok itu berlaku ekoran kegagalan SAG-AFTRA mencapai persetujuan dengan Alliance of Motion Picture and Television Producers.

Isu yang dirundingkan antara lain melibatkan penambahbaikan gaji, keadaan bekerja serta penggunaan kecerdasan buatan dalam produksi masa depan. Kesatuan itu juga menuntut ketelusan tentang cara pembahagian keuntungan penstriman digital.

Writers Guild of America (WGA), kesatuan yang mewakili 11,500 penulis filem dan televisyen, melancarkan mogok pada 2 Mei, memaksa banyak siri penerbitan rancangan dan filem dihentikan.

Kebanyakan produksi filem dan televisyen Hollywood dijangka terganggu oleh mogok itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shootout traps tourists at Rio sunrise lookout

Dozens of tourists were caught in a gun battle between police and drug traffickers at a popular Rio de Janeiro sunrise viewpoint, the second such incident this year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings