the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 23, 2026
19.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pelan tindakan sosial negara 2026-2030 perkukuh kesejahteraan rakyat

Kerangka Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 akan menjadi dokumen strategik kerajaan untuk memperkukuh kesejahteraan sosial dan ketahanan negara.

KUALA LUMPUR: Kerangka Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara (PTDSN) 2026-2030 akan menjadi dokumen strategik kerajaan untuk membawa nilai baharu dalam memperkukuh kesejahteraan sosial serta ketahanan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelan itu dibangunkan melalui kolaborasi menyeluruh antara kementerian Persekutuan, kerajaan negeri, pihak swasta dan komuniti.

Beliau berkata PTDSN 2026-2030 digerakkan berdasarkan empat teras utama Dasar Sosial Negara 2030 yang meliputi 17 bidang keutamaan, 17 strategi dan 102 inisiatif.

Penglibatan 32 kementerian dan agensi akan memastikan setiap intervensi bersifat responsif serta membawa nilai baharu menerusi dasar yang lebih inklusif, mampan dan berteraskan prinsip kemanusiaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa ukuran pembangunan negara tidak wajar hanya bergantung pada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan.

“Nilai baharu yang diketengahkan melalui dasar ini menuntut penilaian yang lebih menyeluruh termasuk petunjuk sosial, agihan ekonomi saksama dan akses kepada peluang yang adil bagi semua rakyat,” tambahnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Negara kali ke-23 di sini.

Ahmad Zahid berkata inisiatif di bawah PTDSN turut memberi fokus kepada anjakan minda termasuk memupuk sifat berdikari, inovasi dan daya tahan dalam kalangan rakyat.

“Inilah nilai baharu yang ingin dibudayakan di peringkat nasional untuk mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kerajaan dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, mesyuarat turut memberikan perhatian kepada isu gelandangan yang menjadi satu indikator penting terhadap nilai kemanusiaan dalam masyarakat.

Bagi tempoh 2021 hingga Mei 2025, sebanyak 5,163 gelandangan telah dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat namun kadar mereka kembali menjadi gelandangan kekal tinggi.

Mesyuarat menyambut baik syor Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memperkukuh tadbir urus isu pengemis dan gelandangan melalui hala tuju baharu.

Pendekatan itu menekankan penggubalan akta baharu bagi menggantikan Akta Orang-Orang Papa 1977 dengan takrifan yang lebih jelas dan punca kuasa tersusun merentas agensi.

Selain itu, mesyuarat turut meneliti isu kerugian besar akibat penipuan dalam talian susulan laporan Polis Diraja Malaysia.

Sehingga September lepas, 47,854 kes direkodkan tahun ini dengan jumlah kerugian RM1.919 bilion.

“Trend peningkatan ini menuntut pendekatan bersepadu dalam strategi pencegahan termasuk pendidikan digital, pemantauan rentas agensi serta perlindungan pengguna yang lebih berkesan,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Myanmar man jailed 13 years for running fake passport syndicate

A Myanmar national was sentenced to 13 years and seven months in jail for possessing forged passports and UNHCR cards, highlighting a crackdown on document forgery syndicates.

FMOS resolves over 2,200 financial disputes, saving consumers RM1.24 million

Financial Markets Ombudsman Service has resolved 2,268 complaints since its launch, including 83 health insurance cases that saved consumers an estimated RM1.24 million in potential legal costs.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories