the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelarasan tarif untuk kelestarian perkhidmatan bukan untuk syarikat air kaut untung

KUALA LUMPUR: Pelarasan tarif air yang dijangka bermula tahun ini adalah bagi memastikan kelestarian perkhidmatan dan bukan untuk memberi peluang kepada syarikat pengendali mengaut keuntungan berlipat ganda.

Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Mohd Fazil Ismail berkata pihaknya telah melaksanakan kajian Mekanisme Penetapan Tarif bagi memastikan pelarasan yang adil kepada syarikat pengendali dan pengguna.

“Kita mengambil kira perbelanjaan operasi serta perbelanjaan modal syarikat dan kita telah menentukan berapa kadar yang harus dilaksanakan, dan bukan operator yang menentukan,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Pelarasan Tarif Air 2024’ terbitan Bernama TV malam ini.

Pada masa sama, beliau berkata sekiranya pelarasan tarif air itu dilaksana pada tahun ini, SPAN menjangkakan kadar kenaikan yang dikenakan kepada pengguna secara purata hanyalah RM3 tambahan kepada bil semasa.

“Kalau pengguna membayar bil semasanya sekitar RM20, ia akan menjadi RM23… ia hanya peningkatan 10 sen sehari dan merupakan peningkatan minimum yang dikenakan kepada pengguna,” katanya.

Mohd Fazil berkata tarif air yang dianggap terlalu murah di Malaysia ketika ini menyebabkan syarikat pengendali tidak berupaya mempertingkat infrastruktur asas termasuk penggantian paip dan fasiliti.

“Kebanyakan masalah berpunca daripada paip usang dan fasiliti uzur. Mereka nak menjalankan kerja-kerja (menaik taraf) itu namun oleh kerana tarif pun rendah dan operator pun tidak cukup dana, bagaimana kerja itu dapat dilaksanakan?” katanya.

Pemangku Presiden Forum Air Amlir Ayat pula bersetuju dengan cadangan pelaksanaan pelarasan tarif itu bagi memastikan rakyat sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan air.

“Ada sesetengah masyarakat menggunakan air tanpa rasa terbeban mungkin kerana harganya yang murah namun dengan langkah ini, masyarakat dapat mengajar generasi muda untuk menggunakan air secara berhemah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap pihak peniaga dan syarikat tidak mengambil peluang menaikkan harga barang dan perkhidmatan susulan pelarasan tarif air.

“Saya memahami keadaan ekonomi semasa namun janganlah sampai menyeksa pengguna sedia ada,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings