the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pemandu Honda Jazz direman empat hari kemalangan maut pelajar UniSZA

Pemandu Honda Jazz yang didakwa rempuh kereta pelajar UniSZA hingga maut direman empat hari. Suspek dilaporkan menghidap penyakit kemurungan major.

KUALA TERENGGANU: Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Suspek yang memakai pakaian lokap ungu tiba di mahkamah pada 9.45 pagi diiringi dua anggota polis.

BACA: Pemandu dalam kemalangan maut UniSZA ada rekod rawatan psikiatri

Dalam kejadian pada 1.55 tengah hari Isnin lepas, pelajar semester dua Diploma Pascasiswazah Pendidikan Syakirah Hanan Mazli, 25, maut selepas keretanya dirempuh.

Kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa dilanggar Honda Jazz dari arah bertentangan di Jalan Kemajuan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pemandu Honda Jazz itu menghidap Major Depressive Disorder (MDD).

Suspek pernah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah bermula Januari 2025.

Beliau juga dipercayai memecah masuk sebuah kereta Honda City dan melarikan dompet berisi wang tunai RM200 sebelum kemalangan.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seksyen itu membabitkan kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories