the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemenang Hadiah Nobel Bangladesh dijatuhi hukuman penjara enam bulan

DHAKA: Mahkamah Dhaka pada Isnin menjatuhi hukuman penjara enam bulan terhadap pemenang Hadiah Nobel Bangladesh Muhammad Yunus dan tiga lagi individu kerana pelanggaran undang-undang buruh melibatkan entiti bukan berasaskan keuntungan mereka iaitu Grameen Telecom Limited.

Hakim Sheikh Marina Sultana dari Mahkamah Buruh Ketiga Dhaka turut mengenakan penalti kewangan sebanyak 5,000 taka (US$45) terhadap setiap empat eksekutif syarikat itu, lapor Agensi Berita dpa.

Mereka didapati bersalah kerana gagal menempatkan pekerja dalam pekerjaan selepas tamat tempoh percubaan mereka, gagal mendapatkan jadual kerja yang diluluskan oleh pihak berkuasa dan gagal menyerahkan bayaran tahunan dan setengah tahun kepada pekerja.

Untuk satu lagi pertuduhan, mahkamah mengenakan denda sebanyak 25,000 taka setiap seorang.

Menurut mahkamah kegagalan membayar jumlah itu menyebabkan semua tertuduh dipenjara antara 10 hari dan 15 hari.

Yunus, pengerusi Grameen Telecom; pengarah urusan Ashraful Hasan dan pengarah Nurjahan Begum serta Mohammad Shahjahan hadir di mahkamah ketika penghakiman itu disampaikan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan Yunus dan eksekutif lain syarikat itu kekal dengan ikat jamin sehingga mereka memfailkan rayuan dengan mahkamah tinggi dalam tempoh 30 hari tanpa perlu dipenjara segera.

Peguam bela Abdullah al Mamun menyifatkan penghakiman itu cacat dan berikrar untuk merayu. –Bernama-dpa

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings