the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2

KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan seorang pemotong rumput menemukan sebutir bom tangan di kawasan sekitar susur keluar Plaza Tol Bukit Besi di Lebuhraya Pantai Timur (LPT2), Dungun hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata bom itu ditemukan lelaki berkenaan pada pukul 12.50 tengah hari tadi.

Beliau berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.

“Setelah menerima laporan daripada pemotong rumput itu, sepasukan anggota polis digegaskan ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan dan menutup sementara laluan berhampiran.

“Bom itu telah dilupuskan oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu pada pukul 4 petang tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Maizura berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti pelaku yang meletakkan bom tangan di lokasi berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings