the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengawal keselamatan didakwa bunuh lelaki dalam kejadian pergaduhan di ibu negara

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian pergaduhan di tepi jalan di Sentul, dua bulan lepas.

K. Nagentherah, 39, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret M. S. Arunjothy.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh K. Kumaran, 44, di tepi jalan Taman Intan Baiduri, Sentul, di sini pada 9.23 malam, 25 Mei lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 10 Sept ini untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Mohd Yunus Daud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings