the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
29 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pengusaha restoran rugi RM783,000 dalam skim pelaburan saham palsu

Seorang pengusaha restoran di Jerantut kerugian RM783,000 selepas terpedaya skim pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

KUANTAN: Seorang pengusaha restoran mengalami kerugian sebanyak RM783,000 selepas terpedaya skim pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

Mangsa lelaki berusia 30 tahun itu dihubungi seorang individu selepas tertarik dengan iklan berkenaan dan dijanjikan pulangan harian antara RM550 hingga RM600.

Mangsa kemudiannya membuat 23 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank berbeza dari 20 Oktober hingga 7 Disember lepas.

Wang tersebut berasal daripada simpanan peribadi, simpanan perniagaan, pinjaman keluarga serta hasil jualan barang kemas mangsa.

Namun, mangsa gagal mengeluarkan sebarang keuntungan selepas membuat bayaran dan diminta untuk membuat bayaran tambahan.

Mangsa yang akhirnya menyedari ditipu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut semalam.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Aon names Karl Hamann as chief executive officer, Philippines

Karl Hamann has been appointed CEO of Aon Philippines, bringing over 30 years of regional leadership experience to drive integrated solutions, client engagement, and business growth.

Most Viewed

Carbyne Fitness and IFPA Singapore publish study revealing the gender gap between personal training and home gyms

Carbyne Fitness and IFPA Singapore uncover a striking gender divide in fitness habits: 80% of home gym users are men, while over 60% of personal training clients are women, revealing insights into exercise motivation and industry opportunities.
spot_img

Popular Categories