the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 26, 2026
26.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia di peringkat akhir

Perincian penubuhan JPSM di peringkat Persekutuan di peringkat akhir, menunggu kelulusan Jemaah Menteri sebelum dibawa ke MKI dan Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR: Perincian mengenai penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia (JPSM) di peringkat Persekutuan kini berada di peringkat akhir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata ia dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi kelulusan dasar dalam masa terdekat.

Beliau berkata selepas kelulusan dasar diperoleh, cadangan penubuhan JPSM akan dibawa ke Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Proses seterusnya melibatkan pembawaan cadangan tersebut kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenan.

“Penubuhan JPSM bertujuan menjadi entiti khusus dan pusat rujukan berkaitan pendakwaan jenayah syariah di peringkat Persekutuan,” katanya di Dewan Rakyat.

Zulkifli menambah ia juga untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan pendakwaan syariah di seluruh negara.

Beliau menegaskan penubuhannya tidak akan menjejaskan autonomi serta kuasa negeri seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Setakat ini, sebanyak 13 negeri dan Wilayah Persekutuan telah mengasingkan sepenuhnya fungsi pendakwaan syariah daripada Jabatan Agama Islam Negeri.

Sabah pula berada pada peringkat akhir proses penjabatan berkaitan perkara itu.

Menjawab soalan tambahan, Zulkifli berkata pengurusan kes di mahkamah syariah menunjukkan perkembangan positif sejak 2019 hingga 2025.

Beliau menyatakan terdapat peningkatan kecekapan pendaftaran dan penyelesaian kes hasil penambahbaikan pentadbiran serta penyelarasan sistem yang sedang dilaksanakan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories