the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan Selangor batalkan sementara projek penternakan babi Bukit Tagar

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Projek penternakan babi di Bukit Tagar dibatalkan sementara susulan bantahan orang ramai dan cadangan Perdana Menteri, kata Menteri Besar.

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor membatalkan sementara projek penternakan babi di Bukit Tagar susulan kegusaran dan bantahan orang ramai.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu dibuat sementara mencari lokasi baharu dan mengadakan perbincangan dengan pengusaha.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada hubungi saya melalui telefon ketika saya berada di luar negara,” katanya.

Beliau menyatakan isu itu telah melampaui realiti sebenar, menyebabkan projek ditangguh dan dibatalkan buat sementara waktu.

Amirudin berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mengarahkan Exco Infrastruktur dan Pertanian mencari kawasan alternatif.

“Kita lihat ada bantahan keras, kemudian diikuti pula dengan cadangan Perdana Menteri yang saya sambut baik,” katanya.

Beliau menegaskan isu berkenaan masih pada peringkat awal dan belum dimuktamadkan secara rasmi.

“Isu ini jadi pramatang. Penglibatan dengan masyarakat, penilaian impak sosial (SIA) dan proses lain sepatutnya dibuat terlebih dahulu,” jelasnya.

Amirudin menafikan dakwaan projek itu akan dibangunkan seperti “hotel babi”.

Beliau menekankan keutamaan kerajaan negeri adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak secara adil.

Kerajaan negeri juga tidak bercadang membangunkan projek penternakan berskala besar seperti yang digambarkan sesetengah pihak.

“Bukan mega, bukan besar-besaran. Anggaran mungkin kira-kira 20 hingga 30% (keperluan) sahaja,” katanya.

Matlamat utama adalah untuk menyusun semula penternakan babi yang berselerak bagi mengawal isu kebersihan dan alam sekitar.

Pada 10 Januari, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menzahirkan rasa tidak bersetuju dengan perancangan awal projek di Tanjong Sepat dan Bukit Tagar.

Perdana Menteri kemudiannya mengesyorkan supaya projek di Bukit Tagar dibatalkan atau dipindahkan ke kawasan baharu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings