the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 5, 2026
24.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Penutupan percubaan pusingan-U Besraya untuk atasi kesesakan

Pusingan-U di KM9.5 Lebuhraya Sungai Besi ditutup selama enam bulan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas bersilang yang mengganggu aliran utama.

KUALA LUMPUR: Penutupan penuh pusingan-U di Kilometer (KM) 9.5 kedua-dua arah Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan dilaksanakan secara percubaan selama enam bulan bermula esok.

Pengurusan lebuh raya itu berkata langkah itu adalah inisiatif untuk meningkatkan kelancaran aliran trafik bagi keselesaan dan keselamatan pengguna.

Pembangunan pesat di sepanjang jajaran Besraya telah menyumbang kepada pertambahan trafik dan kesesakan pada waktu puncak.

Kawasan terbabit termasuk Pekan Sungai Besi, Kampung Malaysia, Kuchai Lama, Pekan Salak Selatan, Bandar Tasik Permaisuri dan Taman Salak Jaya.

“Lalu lintas bersilang (traffic weaving) di pusingan-U di KM9.5 turut mengganggu aliran trafik laluan utama lebuh raya dan menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan itu,” menurut kenyataan Besraya (M) Sdn Bhd.

Sepanjang tempoh penutupan, pengguna dari arah selatan perlu menggunakan pusingan-U alternatif di KM8.6.

Pengguna dari arah utara pula perlu menggunakan pusingan-U di KM10.5.

“Segala kesulitan amatlah dikesali. Sila rancang perjalanan anda dan berhati-hati ketika memandu,” kata syarikat itu.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian Besline di 1-800-88-0999.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories