the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penyediaan RMK13 antara fokus mesyuarat MBKM ke-146 – Shamsul Azri

KUALA LUMPUR: Penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dijangka dibentangkan di Parlimen hujung bulan ini, antara yang dibincangkan dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-146 di Putrajaya, hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi perkongsian di Facebok berkata mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga terarah kepada pelaksanaan projek pembangunan dan isu berkaitan pemberimilikan tanah di negeri.

“Ini merupakan mesyuarat kedua tahun ini atau keseluruhannya sebanyak 146 kali pernah diadakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Berdasarkan takwim Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas 2025, Mesyuarat Kedua, pembentangan RMK13 dijadualkan pada 31 Julai.

Sebelum ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata RMK13 bagi tempoh 2026 hingga 2030, akan menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi negara.

Anwar berkata cabaran itu termasuk keseimbangan pembangunan dan pendapatan, ruang fiskal yang terhad dan peralihan struktur ekonomi yang perlahan.

Shamsul Azri, dalam pada itu turut menyatakan komitmen beliau untuk kerap turun padang dan membuat lawatan mengejut di negeri-negeri, bagi memantau pelaksanaan program atau projek serta meneruskan agenda reformasi perkhidmatan awam- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings