the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peralatan mikrozonasi seismik Segamat bantu kaji daya tahan gempa bumi

Johor peroleh peralatan mikrozonasi seismik RM736,000 untuk kaji kesan gegaran di Segamat susulan 7 gempa bumi lemah direkodkan sejak Ogos

ISKANDAR PUTERI: Perolehan peralatan untuk pengkelasan peta mikrozonasi seismik di Segamat membabitkan peruntukan RM736,000 dijangka bermula awal tahun hadapan.

Peralatan ini diperoleh melalui kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata peralatan itu penting bagi membolehkan kajian serta data impak gegaran diperoleh secara lebih tepat.

“Peralatan peta mikrozonasi seismik bergerak ini mampu mengkaji daya tahan gegaran terhadap sebahagian tanah dan bangunan susulan kejadian gempa bumi di Segamat,” katanya.

Beliau ditemui selepas pembentangan Belanjawan Johor 2026 di Kota Iskandar.

Ling menekankan usaha ini penting untuk memastikan kemungkinan gegaran masa hadapan dapat dikenal pasti melalui kajian mendalam.

Inisiatif itu antara langkah permulaan kerajaan negeri memperkukuh tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana gempa bumi.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan peruntukan tersebut di bawah teras kelima belanjawan membabitkan usaha mengurangkan risiko bencana.

Sejak 24 Ogos, sebanyak tujuh gempa bumi lemah direkodkan di Johor dengan gegaran pertama di Segamat pada magnitud 4.1.

Gegaran susulan direkodkan bermagnitud 2.8 skala Richter pada pagi hari sama.

Gempa lain berlaku pada 27 Ogos (3.2), 28 Ogos (2.5), 29 Ogos (3.4), 30 Ogos (2.7) dan 3 Nov (2.7).

Sebanyak 15 bangunan kerajaan dikenal pasti mengalami kerosakan kecil susulan bencana dari 24 hingga 30 Ogos.

Anggaran kos baik pulih berjumlah RM550,000.

Laporan itu hasil pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat setakat 3 Sept.

Pemeriksaan melibatkan Hospital Segamat, Klinik Kesihatan Bandar Putra, Kolej Komuniti Segamat, Pejabat Kadi Daerah, sekolah dan kuarters kerajaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Jamf launches AI Governance, a first-of-its-kind native AI control plane for Mac

Jamf, the standard in managing and securing Apple at work, has announced general availability of AI Governance, a new capability within Jamf for Mac that enables IT and security teams to discover actively-used AI tools, enforce policy controls, and generate audit-ready reporting.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings