the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
28 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Peralihan STPM dan Matrikulasi ke KPT tidak jejas pembelajaran pelajar

Peralihan STPM dan Matrikulasi ke KPT akan dilaksanakan secara terancang tanpa jejas pembelajaran, kata Timbalan Menteri Pendidikan.

IPOH: Proses pembelajaran pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi tidak akan terjejas dengan peralihan pentadbiran ke Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata pelaksanaan itu tidak akan dilakukan secara tergesa-gesa dan memerlukan perbincangan menyeluruh.

“Pada minggu hadapan, pihak pengurusan KPT dan KPM akan mengadakan perbincangan menyusun garis masa pelaksanaan ini,” katanya.

BACA: Kerajaan tubuh jawatankuasa khas kaji pemindahan STPM, Matrikulasi ke KPT

Beliau menegaskan pelaksanaan tidak boleh dilakukan secara tiba-tiba kerana melibatkan isu penyelenggaraan aset dan tenaga pengajar.

Wong berkata demikian selepas majlis pelancaran penyerahan papan pintar interaktif kepada 83 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Perak.

Peruntukan berjumlah RM984,000 disalurkan untuk program smartboard tersebut.

Semalam, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti cadangan pemindahan itu.

Langkah itu merupakan sebahagian perancangan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 yang dijadual bermula pada 2026.

Pada 7 Dis, media melaporkan kerajaan akan memindahkan program STPM serta Matrikulasi daripada KPM kepada KPT.

Pemindahan bertujuan menyelaraskan proses penilaian dan laluan kemasukan pelajar ke universiti.

Perubahan besar itu akan dilakukan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2026 hingga 2035. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories