the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, February 4, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Perhilitan tahan warga Bangladesh simpan 100 kura-kura tanpa lesen

Seorang lelaki Bangladesh ditahan kerana menyimpan 100 kura-kura dan labi-labi bernilai RM20,000 tanpa lesen di Butterworth, dengan haiwan itu dipercayai untuk dijual bagi tujuan keagamaan.

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang kerana menyimpan 100 ekor kura-kura dan labi-labi tanpa lesen.

Serbuan bersama polis di sebuah rumah di Bagan Lalang, Butterworth itu dilakukan pada petang Ahad lepas hasil risikan selama dua minggu.

Pengarah Perhilitan negeri Mohd Zaide Mohamed Zin berkata serbuan itu menemui 94 ekor kura-kura pelbagai spesies dan enam ekor labi-labi.

Haiwan-haiwan itu diletakkan di dalam beberapa tong plastik dengan nilai dianggarkan RM20,000.

“Kami tidak menolak kemungkinan suspek berusia 45 tahun itu telah melakukan aktiviti ini untuk tempoh yang lama, malah mungkin sehingga bertahun,” katanya.

Berdasarkan siasatan, haiwan itu dipercayai dijual bagi tujuan keagamaan pada harga antara RM20 hingga RM200 seekor mengikut saiz.

Suspek yang memiliki dokumen perjalanan sah direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Haiwan yang dirampas akan dilepaskan ke habitat asal selepas mendapat perintah pelupusan mahkamah.

Spesies luar negara pula akan ditempatkan sementara di Pusat Penyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai, Perak bagi tujuan kuarantin.

Mohd Zaide mengingatkan kura-kura dan labi-labi merupakan spesies haiwan dilindungi.

Individu yang berhasrat memelihara haiwan eksotik itu perlu mendapatkan lesen daripada Perhilitan.

Mereka yang melanggar boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Macron prepares to resume dialogue with Putin

French President Emmanuel Macron says technical preparations are under way to restart contact with Russia's Vladimir Putin, but notes Moscow shows no real willingness for peace.

Most Viewed

Aon names Karl Hamann as chief executive officer, Philippines

Karl Hamann has been appointed CEO of Aon Philippines, bringing over 30 years of regional leadership experience to drive integrated solutions, client engagement, and business growth.
spot_img

Popular Categories