the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Perkhidmatan ETS Sungkai-Slim River beroperasi semula

Perkhidmatan ETS laluan Sungkai-Slim River beroperasi semula dengan satu landasan selepas pokok tumbang, namun kelewatan masih berlaku.

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) laluan Sungkai-Slim River telah kembali beroperasi seperti biasa menggunakan satu landasan bermula 6.32 pagi tadi.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan bahawa masih terdapat kesan kelewatan terhadap perjalanan susulan pelaksanaan operasi satu landasan itu.

Kerja-kerja baik pulih sistem elektrifikasi di lokasi kejadian pokok tumbang semalam sedang giat dilaksanakan oleh pasukan teknikal KTMB.

“KTMB turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami serta menghargai kesabaran dan kerjasama para penumpang,” menurut kenyataan syarikat.

Penumpang ETS yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan akibat kelewatan melebihi dua jam layak mendapatkan pemulangan tambang penuh.

Tuntutan boleh dibuat di kaunter tiket dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perjalanan, tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada.

Penumpang yang mengalami kelewatan sehingga atau melebihi empat jam dan mempunyai Pelan Takaful Premium pula boleh membuat tuntutan dengan Etiqa.

Terdahulu, KTMB menyediakan 12 bas bagi tujuan pemindahan penumpang ke Stesen Slim River atau Stesen Sungkai sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories